Mahir Masak Intake 3 Minggu 12 (Pembuatan Bun Burger Dan Roti Goreng)

3 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2026 yang lalu, mahir masak minggu 12 telah diadakan dengan jayanya melibatkan para pelajar intake 3. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan peserta serta memberi pendedahan tentang cara penyediaan makanan yang betul dan sistematik. Antara menu yang telah dipelajari ialah pembuatan bun burger dan roti goreng. Sepanjang aktiviti diajalankan, para peserta menunjukkan Kerjasama dengan mendengar dengan baik cara yang diterangkan oleh tenaga pengajar. Mereka didedahkan dengan teknik menguli doh, membentuk bun serta cara menggoreng roti dengan betul bagi mendapatkan hasil yang berkualiti. Selain itu, aspek kebersihan dan keselamatan di dapur turut ditekankan sepanjang program berlangsung. Secara keseluruhannya, program mahir masak ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada semua peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali